Dalam kehidupan seharian sudah tentu kita sentiasa merancang apa yang kita perlu capai pada hari ini, esok hari, minggu ini, bulan ini dan tahun ini. Semuanya sudah dirancang dengan begitu teliti sekali. Bagi peniaga pula sudah merancang berapa jualan yang perlu dicapai hari ini, berapa untung yang akan diperolehi hari ini. Begitu juga dengan syarikat-syarikat pasti ada target sales sendiri.
Kalau tanya pembaca-pembaca budiman sekalian, cuba ambil kertas kosong dan senaraikan 20 senarai apa yang ingin anda capai dalam hidup ini. Apa yang anda cuba kejar dalam cita-cita anda, impian anda...rata-ratanya inginkan :-
1) Kereta mewah
2) Rumah banglo
3) Wang ringgit
4) Zuriat dan keturunan
5) Jawatan atau pangkat
6) Pengiktirafan
7) Duit yang banyak
8) Kecantikan
9) Bantu keluarga
10) Melancong ke luar negara
Saya cuba senaraikan 10 dahulu...anda renungkan dalam-dalam impian dan hasrat anda tu...agak-agaknya cukup ke umur anda tu..sempatkah anda kecapi semua tu..katakan sekarang ni anda dah berumur 30 tahun..dan kita ni umat Nabi Muhammad sebenarnya rata-rata hidup pun di muka bumi Tuhan ni pun amik lah tengah-tengah sekitar 65 tahun ye..maknanya anda masih ada sekitar 335 tahun lagi untuk anda capai cita-cita anda itu...itu ceta kalau Allah beri kita hidup samapai 35 tahun lagi...kalau esok atau malam ni masa kita dalam tidur Allah hantar malaikat cabut nyawa kita...amacam? Tinggallah segala impian kita, cita-cita kita tanpa terlaksana.
Apa yang saya cuba kongsikan di sini tidak salah kita berimpian, tidak salah kita menyimpan cita-cita setinggi gunung namun jangan lupa apa yang mesti di bawa. Tak faham lagi? Begitulah saya, kita, semua tak kira anda kerja apa pun, tahap manapun sama ada anda kaya, miskin, jutawan sekalipun jangan lupa akan amalan dan pahala yang kita perlu bawa selepas kita meninggal dunia. Hari ini mungkin kita terdengar berita kawan-kawan kita sekelas dahulu sudah meninggal dunia..kesian kan..kawan kita tu baru usia 28 tahun tapi dah meninggal...anda bagaimana? Kalau kita meninggal dengan meninggalkan nama yang baik, amalan yang baik pasti Allah mengampuni dosa-dosa kita. Tapi gimana kalau kita meninggal dengan meninggalkan nama yang orang sebut hingga bila-bila---kaki pompuan, minum arak, berzina, suka menipu, ambil hak orang lain...ops maaflah ye kalau anda terasa...tapi hakikatnya inilah yang berlaku menghantui masyarakat kita pada hari ini..buktinya jelas hari ini anda pergilah mana-mana pusat judi di negara ini majoritinya orang Islam...
Seperti kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dalam kehidupan biarlah sederhana sebabnya perkara berlebihan Allah tidak suka. Dalam berpakaian pun biarlah sederhana jangan sampai mendedahkan apa yang tidak patut, guna kereta mewah pun kenalah lihat sebelah kita yang mungkin guna kereta Kancil. kalau beristeri pun biarlah beristeri yang solehah, cantik dan berbudi bahasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment