Saturday, April 17, 2010

Kita Selalu Buat Untuk Kita Tetapi Allah Tidak Pernah Buat Untuk Dia

Macam-macam persepsi orang mengenai isu di atas. Ada yang beranggapan ya lah sudah tentulah Allah S.W.T berbuat sesuatu bukan untuk Dia. Allah kan Maha Pencipta. Apa pun yang dijadikan di muka bumiNya pasti ada gunanya buat makhluk Allah sama ada untuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tapi apa pun tanggapan yang diberikan marilah kita sama-sama muhasabah diri dan cuba koreksi diri untuk jadi manusia yang baik di sisi Allah S.W.T.

Untuk adik-adik yang masih belajar sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah atau pun di peringkat universiti cuba fikir cuba renungkan kembali tujuan anda semua belajar untuk apa ya? Oh, saya belajar hanya untuk suka-suka, saja buang masa ataupun untuk menuruti kemahuan ibu bapa untuk menimba ilmu. Hmmm..apa pun kemungkinan jawapan yang adik-adik berikan jawapan yang paling tepat adalah untuk kepentingan diri bukan. Anda dapat masuk universiti pun tujuannya untuk apa kalau bukan untuk mendapat perkerjaan yang bagus bukan. Bila dah dapat kerja yang bagus sudah tentu pendapatan yang tetap dan lumayan jugakan supaya dapat membantu orang tua atau pun membantu adik-beradik lain yang masih bersekolah. Jadi, apapun yang adik-adik lakukan untuk belajar tinggi-tinggi pun semuanya itu untuk diri sendiri dan bukannya untuk orang lain. Setuju dengan saya?

Bagi saudara-saudara ku yang budiman, hari ini anda sebagai ketua keluarga suami, ayah, ibu atau pun sesiapa saja anda bekerja pada hari ini berhempas pulas mencari rezeki semuanya untuk siapa? Atau saja-saja anda mencari duit supaya siapa-siapapun boleh menikmati duit atau rezeki yang anda perolehi itu. Kalau ada orang yang berhati mulai seperti itu saya memang tabik dengan orang itu. Tapi persoalannya pada hari ini adakah kita bekerja pada hari ini untuk orang lain dan bukannya untuk keluarga, isteri dan anak-anak kita? Saya sering terlihat para pekerja buruh binaan sedang membuat bangunan tinggi-tinggi, rumah-rumah, bangunan kedai-kedai dan sebagainya. Kalau kita tengok dari bawah pun sudah rasa gerun disebabkan ketinggian di atas banguan, rumah ataupun bangunan kedai yang sedang dibina. Tapi bagi para pekerja buruh tersebut apa pilihan yang mereka ada? Dan mereka lakukan semua itu untuk apa melainkan untuk sesuap nasi bagi keluarga, isteri dan anak-anak di rumah.

Marilah kita muhasabah bersama-sama. Kita manusia yang diberikan nikmat yang tidak terhingga oleh Allah Subhanallah sama ada nikmat dari segi pancaindera, rezeki, kesihatan, dan sebagainya semuanya digunakan untuk kepentingan diri. Salahkah kalau kita fikir untuk kepentingan diri sendiri? Tidak salah, tetapi akan menjadi salah apabila semata-mata untuk diri kita semata-mata. Apa pun yang kita miliki hari ini berupa nikmat sebenarnya bukan hak kita semata-mata. Rezeki kekayaan yang kita ada hari ini juga sebahagian hak orang-orang miskin yang sinonim dengan perkataan zakat. Ya, zakat adalah hak orang miskin yang ada pada orang kaya. Mungkin juga hak ibu bapa atau adik-beradik, jiran kita atau kawan-kawan kita yang perlu kita bantu. Selain dari zakat, hak manusia juga boleh diberikan dalam bentuk nafkah, amal jariah, sedekah, hadiah dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment