Kita sedar tak sedar hari ini kita merasakan dunia kian maju kian pantas. Setahun umpama sebulan. Sebulan umpama seminggu. Seminggu berlalu seperti sehari. Jarak antara Malaysia dan Australia makin dekat. Dengan kemajuan teknologi yang canggih hari ni kita dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan mudah, cepat dan murah. Adanya telefon dan internet hari ni memudahkan perhubungan yang jauh dapat dirapatkan.
Ye ke anda tak mengeluh tidak ada masa..tahniahlah buat anda! Betul ni....? Kalau anda betul-betul ada masa ada kesempatan ke untuk perkara-perkara yang saya senaraikan di bawah ni:-
1) Sempat ke ziarah mak bapak kat kampung, seminggu sekali ke atau sekerap mungkin?
2) Sempat ke zirah saudara mara, jiran kat sebelah rumah kita?
3) Sempat ke ziarah saudara mara, jiran atau kawan kita yang sedang terlantar sakit kat hospital?
4) Sempat ke kita ziarah Umrah kat Mekah hujung tahun?
5) Sempat ke solat fardhu setiap hari?
6) Sempat ke baca ummul kitab setiap hari?
7) Sempat ke ziarah kenduri kawin jiran kita?
8) Sempat ke hantar anak mengaji al-Quran setiap hari?
9) Sempat ke makan malam dengan isteri dan anak-anak?
10) Sempat ke ziarah makam mak bapak kita yang dah meninggal dunia?
Tipu orang satu kecurangan tapi tipu diri sendiri adalah seribu kecurangan. Jadi, biarlah kita jujur dengan diri sendiri mengenai perkara di atas. Saya ada satu cerita yang nak dikongsikan dengan para pembaca sekalian. Saya ada seorang kawan kerja di satu jabatan kerajaan. Kami masing-masing mempunyai anak yang sudah bersekolah.Saya pernah menanyakan beliau soalan kenapa tak hantar anak pergi mengaji waktu malam sebab anak saya pun mengaji juga dengan seorang ustaz. Amat mengecewakan jawapan yang diberikan tak sempat nak hantar mengaji. Apa yang tak sempatnya? Sebab dia habis keje jam 5 petang dan aktiviti main badminton habis jam 10 malam. Masyallah! Boleh-boleh dia ada masa untuk habiskan masa bermain badminton berjam-jam sedangkan anak mengaji pun tak sampai 1 jam. Hah! tu yang kadang-kadang kita lihat ada ibu bapa yang anak apabila dapat keputusan peperiksaan PMR, SPM, STPM dengan cemerlang sekali punyalah berbangga benar. Ye lah kita sebagai ibu bapa memang mengahrapkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi kenalah kena pada caranya...berbangga tetapi apalah ertinya kalau anak itu sendiri tak kenal ayat-ayat al-Quran..tak pandai mengaji...kan rugi dunia akhirat..yang wajib pula ditinggal-tinggalkan...
Teringat kata-kata ustazah yang mengajar anak saya mengaji tu..kebetulan ustazah tu juga guru di sekolah madrasah. Pengalaman beliau mengajar selama 16 tahun menjadi tenaga pengajar. Ada ibu bapa murid datang berjumpa beliau untuk meminta kebenaran supaya anak mereka dapat mengambil peperiksaan sekolah agama tu sebulan lebih awal. Malah ada yang datang juga memberitahu yang anak mereka tidk dapat meneruskan persekolahan di sekolah agama dengan alasan takut anak tak dapat fokus dalam peperiksaan UPSR yang akan datang. Persoalannya apa yang perlu ditakuti? Apa yang ana-anak anda belajar di sekolah agama tu lebih kepada mempelajari ilmu Allah S.W.T. Inilah persepsi segelintir masyarakat kita hari ni lebih mementingkan hal urusan duniawi. Tetapi pengalaman ustazah tersebut menjadi guru agama selama 16 tahun ternyata murid yang ada asas sekolah agama jika dibandingkan dengan murid yang tidak bersekolah agama jauh lebih cemerlang. Jadi bagi ibu bapa renung-renungkan!~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment